PROFIL SEKOLAH


 

 

  LOGO

 

Sekolah Kebangsaan Pos Dipang telah ditubuhkan pada tahun 1962. Nama sekolah ini diambil sempena nama sungai yang dikenali sebagai Sungai Dipang. Pada masa itu, ianya dikenali sebagai Sekolah Murid-Murid Dewasa iaitu di bawah pentadbiran JHEOA ( Jabatan hal Ehwal Orang Asli).

Pentadbir Sekolah Kebangsaan Pos Dipang sekarang adalah En Zul Safaruddin Bin Mat. Sekolah ini juga mempunyai 11 orang tenaga pengajar tidak termasuk guru besar dan seorang guru pemulihan khas yang mula ditempatkan pada Mei 2007. Manakala terdapat dua Pegawai Tadbir Rendah, 2 orang Pra sambilan kontrak dan 3 orang pengawal keselamatan.  

Pada tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Pos Dipang mempunyai seramai 64 orang murid. Kelas bercantum tidak lagi diamalkan kerana kelas   mencukupi untuk menempatkan murid-murid secara berasingan mengikut tahun masing-masing kecuali tahun 4 yang terpaksa ditempatkan di stor pusat sumber memandangkan bilik darjah tahun 1 telah dinaik taraf sebagai bilik pemulihan.

Sesi persekolahan  pada tahun ini bermula pada pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 1.40 petang pada hari Isnin dan selasa dan pukul 1.00 petang pada hari Rabu dan Khamis. Manakala pada hari jumaat bermula pada pukul 7.40 dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

 

VISI SEKOLAH

Menjadikan SK Pos Dipang sebuah sekolah yang berkualiti dan terbilang menjelang 2020.

 

MISI SEKOLAH

Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang:

1) Pengurusan yang cekap, berkesan, telus dan tulus

2) Akademik berasaskan pengurusan P&P yang berkualiti.

3) Sahsiah yang berasaskan pembangunan insan.

4) Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.

5) Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi. 

 

PETEMPATAN SEKOLAH

Lokasi : Pedalaman

Jarak sekolah  dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan ialah 28 KM yang memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta. Perhubungan  ke sekolah melalui jalan tar mulai Jun 1999.

 

Bilangan Guru Mengikut Gred dan Kategori.

Guru Besar                 : EN. ZUL SAFARUDDIN B. MAT (DGA32)

Guru Kanan Pent.       : EN. ABD RAHIM B. MOHD DAUD (DGA32)

Guru Kanan HEM        : EN. MOHD EZRAF B. MOHD LIZAN (DGA29)

Guru Kanan Koku.       : EN. FRANCIS A/L VEDAMUTHU (DGA 41)

Guru Penolong            : EN. ROSMAN B. TAHIR (DGA32)

                                : PN. MAZLINA BT. ALANG (DGA29)

                                : EN. AHMAD BA B. ABDULLAH (DGA32)

                                : EN. AZROL RIDZUAN B. ABD. AZIZ (DGA41)

                                : EN. SUHAIMI B. SULONG (DGA41)

                                : EN. YUSOF B. MOHD SAIDI (DGA41)

                                : EN. AZIZOL BIN YAACOB ( DG32)

                                : EN. KHAIRUL ANUAR B. KHALID (DC41)

 

 

Bilangan Murid 2010

Tahun

Lelaki

Perempuan

Jumlah

1

2

7

9

2

5

4

9

3

5

8

13

4

9

6

15

5

3

3

6

6

6

6

12

Jumlah

30

34

64

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image